Just A Story


Renungan buat sesiapa sahaja - Jangan Mencari Terlalu Sempurna
Tuesday, April 30, 2013 | 6:31 AM | 0 Words


Jika kamu memancing ikan , setelah ikan itu terlekat di mata kail , hendaklah kamu mengambil ikan itu . Janganlah kamu melepaskannya kembali ke sungai kerana ia akan menderita kesakitan disebabkan oleh kecederaan akibat mata kailmu . Mungkin dia akan menderita seumur hidupnya .

Jika seseorang menyayangi kamu setelah kamu memberikan pengharapan kepadanya , maka jagalah hatinya . Janganlah kamu meninggalkannya kerana kelak dia akan terluka dek kenangan yang kamu tinggalkan dan tak mungkin dia dapat melupakannya dengan mudah .

Jika kamu memiliki seseorang , maka terimalah dirinya seadanya . Janganlah kamu terlalu mengagungkannya kerana dia hanyalah manusia biasa . Lalu apabila dia melakukan kesilapan , kamu tidak akan mudah menerimanya kembali . Oleh itu , ala kadar sahaja dalam menerima dirinya .

Diumpamakan kamu memiliki sepinggan nasi yang cukup untuk mengenyangkan dirimu . Mengapa kamu berlengah dan mencari makanan yang lain kerana ingin mencari yang lebih lazat daripada itu sehingga membiarkan nasi itu menjadi basi lalu terpaksa dibuang ? Kelak , kamu akan menyesal dengan perbuatanmu itu . Begitulah juga andai kamu bertemu dengan seorang insan . Janganlah kamu cuba membandingkannya dengan yang lain kerana dia juga mampu membawa kebaikan kepada kamu .
Terlalu mengejar kesempurnaan akan menyebabkan kamu kehilangan seseorang apabila akhirnya dia menjadi milik orang lain .